Social Icons

Wednesday 24 July 2013

PEMBERIAN BONUS HARI RAYA 2013 SETENGAH BULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Petikan laporan tahun lepas yang disebarkan semula di laman sosial dan blog

Pemberian Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Saban tahun penjawat awam sudah biasa mendengar dan menerima bonus hari raya.


Namun begitu, telah berlaku salah faham, di mana artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar mengenai pemberian bonus raya sejumlah setengah bulan gaji  dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam untuk tahun sebelumnya iaitu 2012 dikatakan kenyataan yang berkaitan dengan pemberian bonus raya pada tahun ini.

Ini gara-gara, artikel tersebut telah dikongsikan di laman sosial dan blog sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai perkara berkaitan

Berhubung pemberian bonus untuk tahun ini, laporan menyebut bahawa kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini saja.

Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini

Persoalannya ada atau tidak bonus Aidilfitri untuk tahun 2013, sama-sama kita nantikan…

entri dikemaskini salah faham berita bonus hari raya 2013 kakitangan awam16 Julai 2013, jam 10 malam – Menurut laporan media, Cuepacs pada Selasa menggesa kerajaan agar mempertimbangkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini  dan menganggap pemberian bonus tersebut adalah satu keperluan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...