Social Icons

Wednesday 24 July 2013

Dah cabul, rasuah pulak..siap la ko!

Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang bekas pegawai daerah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana memberi rasuah RM30,000 kepada seorang wanita untuk menarik balik dakwaan gangguan seksual ke atasnya.

Bekas pegawai daerah Seberang Prai Tengah, Roslan Yahaya, 52, pada Isnin ditahan kerana memberi wang tunai kepada Adle Ismail, 38, yang juga suami wanita tersebut melalui Mohd Shukri Hamid, 41, kira-kira 10.30 malam pada 3 Januari tahun ini.



Wanita terbabit adalah Noor Amiza Azmee, 29.

Mohd Roslan
Jika didapati bersalah mengikut kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, tertuduh boleh yang dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan ikat jamin RM15,000 dan 29 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut mengarahkan Roslan untuk menyerahkan pasport miliknya.

Terdahulu, Roslan didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita di pejabatnya di Jalan Betek, Sungai Rambai di sini pada 26 April 2010.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...