Social Icons

Saturday 20 July 2013

NORA DANISH BALAS KOMEN HATERS DI INSTAGRAM

Nora-Danish

Minggu lalu kecoh dengan laporan bahawa niat murni pelakon genit, Nora Danish untuk berkongsi foto-fotonya menunaikan solat Tarawih menerusi laman Instagram telah disalah ertikan oleh peminat sehingga ada yang memandang serong terhadap niat sucinya itu.
Terbaru menerusi laporan Sinar Harian Online, pelakon comel ini telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut. Menurut Nora Danish, dia langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk dalam solat dan menganggap isu berkenaan tidak seharusnya timbul. Bukan niat saya hendak menunjuk, tetapi memang saya suka kongsi macam-macam gambar dengan peminat.
Saya tidak faham mengapa mereka gemar memberikan respons sebegitu. Walhal saya sekadar berkongsi gambar menunaikan solat Tarawih sahaja.
Lagipun, apa salahnya berkongsi perkara yang baik, siapa tahu ada peminat saya yang tidak pernah sembahyang Tarawih, akan melakukan perkara sama selepas melihat gambar saya.
Nora-Danish
Mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit, pelakon filem Mencari Cinta ini turut menegaskan bahawa dia lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada layan dan membalas kritikan-kritikan peminat menerusi laman sosial tersebut.
Bagi pelakon wanita ini, masih ramai lagi peminat-peminat yang menyokong serta sayang akan dirinya berbanding mereka yang mengkriti dan memandang serong terhadap niat sucinya itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...