Social Icons

Saturday 20 April 2013

Nenek 94 Tahun Tok Munlah Calon Paling Tua #PRU13

Nenek Maimun Yusof, 94, mengambil hati warga Malaysia apabila dia menunaikan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya tahun 2012. Walaupun dia kalah, semangatnya tidak berputus kerana dia bertekad untuk bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kuala Terengganu sekali lagi! 'Follow this story' untuk mengikuti kempen nenek sebagai calon bebas ini.



Calon paling tua di Terengganu, dan mungkin di seluruh negara pada pilihan raya umum ke-13, Maimun Yusof, 93, sekali lagi bertanding sebagai calon Bebas untuk Parlimen Kuala Terengganu.
Pencalonan warga emas itu diterima oleh Pegawai Pengurusan Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu Datuk Adzlan Dagang hari ini.
Kemunculan kali kedua itu menyebabkan Maimun yang mesra di panggil ‘Tok Mun’ menjadi tumpuan media di pusat penamaan calon di Stadium Negeri di sini.
Penyertaan Tok Mun itu menyebabkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu antara calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong dan calon PAS Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad serta calon Bebas.
Tok Mun yang berbaju kurung coklat tiba di perkarangan Stadium Negeri seawal pukul 7 pagi dengan menaiki kereta sewa ditemani cucu angkatnya Nur Haslinda Mustafa,  31, yang menjadi pencadangnya serta seorang jiran, Timah Salleh yang menjadi penyokong.
Warga emas yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU12 juga di Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang ‘kunci’ untuk pilihan raya kali ini.
“Tok pilih simbol ini supaya hati pengundi-pengundi tok yang terkunci dapat dibuka supaya dapatlah mengundi tok untuk menang,” katanya sambil memberitahu beliau  menggunakan duit simpanan dan hasil jual kain serta keropok sebagai deposit.
Maimun adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak  RM500 awal tahun ini.
Pada PRU 2008, Tok Mun yang menentang bekas penyandang Allahyarham Datuk Razali Ismail dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. 

Terbang ke Jakarta dengan RM1. Tarikh akhir booking: Isnin depan.



Tambang "Raw" antarabangsa ini adalah harga tambang tunggal terendah yang sedia ada untuk penerbangan sehala dengan bagasi tangan sahaja dan inklusif sepenuhnya semua cukai dan bayaran. Tambang "Raw" antarabangsa mestilah dibeli melalui online. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini 

* tambang promosi yang ditunjukkan adalah bagi perjalanan sehala, tidak termasuk cukai dan yuran. pembayaran melalui kad kredit/debit akan dikenakan yuran tempahan setiap penumpang setiap sektor penerbangan. promosi hanya sesuai bagi perjalanan dua hala rangkaian penerbangan Tiger Airlines yang terpilih yang telah ditempah dalam talian dari 22 apr 2013 (11:59 gmt +8).

Tempat duduk adalah terhad dan mungkin tidak boleh didapati pada tarikh-tarikh sibuk perjalanan. syarat-syarat dikenakan. untuk keterangan, lungsuri tigerairways.com ^Terbang melalui Singapura Penerbangan yang dikelolakan oleh TR dioperasi oleh Tiger Airways Singapore. Click This Link ---> http://bit.ly/Zx40bJ

Like Page P.Purple Network 

Saturday 6 April 2013

Pelajar UM Umur 23 Mencabar Najib Di Pekan #PRU13


April 6 2012 - Gerakan Mahasiswa 13 (GM13) telah mengumumkan bahawa bukan sahaja mereka mencalonkan seorang mahasiswa berumur 23 untuk bertanding di pilihan raya 13, calon Mohamed Bukhairy ini akan mencabar Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak di Pekan. Bagaimanakan keputusan pertandingan luar biasa ini akan terjadi? Klik 'Follow this story' untuk mengikuti perkembangan kempen anak muda ini


KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) hari ini mengumumkan Penyelarasnya, Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian sebagai calon yang akan diturunkan di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengumuman calon mahasiswa itu dibuat oleh Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang.

“Mahasiswa nekad membuat keputusan untuk terlibat secara langsung dalam pilihan raya paling penting dalam sejarah Malaysia ini dengan menghantar calon di (kerusi) Parlimen Pekan, bertembung dengan Najib Tun Razak.

“... oleh kerana Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menyahut tuntutan kami mereformasikan pengajian tinggi, kami tidak teragak-agak untuk berdepan dengan calon mereka di Pekan nanti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, calon tunggal mahasiswa itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan sains politik Islam Universiti Malaya (UM).

Menurut Bukhiary, penglibatan mahasiswa pada pilihan raya kali ini bukanlah sebagai “pengacau” seperti yang dilabelkan sesetengah pihak.

Sebaliknya beliau menegaskan, mahasiswa cuba memanfaatkan ruang demokrasi itu sebagai manifestasi kebangkitan rakyat termasuk golongan pelajar dengan membawa manifesto “mereformasikan hala tuju pengajian tinggi negara.”

Ditanya sama ada matlamat mahasiswa bertanding di Pekan semata-mata untuk memberontak terhadap kepimpinan Najib, beliau menafikannya.

Sebaliknya kata beliau, pihaknya mahu tuntutan mereformasikan pengajian tinggi didengari dan mendapat perhatian kerajaan baru yang akan dibentuk selepas PRU13 nanti.

Suami Mahu Isteri Dirogol Along Untuk RM10,000



Gombak: Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.


Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini, pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM).


Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.


“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.


“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.


Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.


“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.


Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Remy Ishak Didakwa Timbulkan Masalah?



Baru-baru ini Remy Ishak, 31, telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater ”M.Butterfly” yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Pelakon ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk dia memainkan naskah “M.Butterfly” yang mempunyai elemen seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah digantikan dengan Benjy, 35.
Kesan daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula.
Persoalannya, sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu? Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini?
Untuk info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu.
Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Bagi yang tidak tahu, “M.Butterfly” pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem ”M.Butterfly” juga pernah memenangi dua anugerah iaitu “Cerita Terbaik” di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.

Aeril Zafrel: Gambar Separuh Bogel Itu Gambar Saya




Aeril mengakui yang gambar tersebut adalah miliknya. Malah salah satu gambar tersebut diambil oleh rakan ketika zaman jahiliahnya. Kata Aeril kepada Mstar Online:

Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja. Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya. Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu.



Semoga Aeril tabah dengan dugaan ini. Sekarang siapa nak tengok gambar Abang Nara posing ala-ala Aeril sila angkat keyboard. Hahaha ~~~

Nampaknya selepas membuat pengumuman berhijrah ke arah kebaikan, pelbagai dugaan menimpa diri Aeril. Anggaplah itu ujian daripadaNya. Kata Aeril lagi:-

Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti. Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya. Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya

Semoga Aeril tabah dengan dugaan ini. Sekarang siapa nak tengok gambar Abang Nara posing ala-ala Aeril sila angkat keyboard. Hahaha ~~~

Mutiara Kata

Mutiara Hikmah
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang <

Hikmah : " Barangsiapa yang merasa dirinya tergelam dalam lautan dosa, hendaklah dia mengetahui, bahawa dia mempunyai Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang".

Sumber Kata-Kata Hikmah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...