Aeril mengakui yang gambar
tersebut adalah miliknya. Malah salah satu gambar tersebut diambil oleh rakan
ketika zaman jahiliahnya. Kata Aeril kepada Mstar Online:
Saya kecewa apabila ada
orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik
foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia
memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja. Bagaimanapun ia
tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat
individu yang cuba menjatuhkan saya. Memang benar lelaki dalam foto itu adalah
saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping
gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu.
Semoga Aeril tabah dengan dugaan ini. Sekarang siapa nak tengok gambar
Abang Nara posing ala-ala Aeril sila angkat keyboard. Hahaha ~~~
Nampaknya selepas membuat pengumuman berhijrah ke arah kebaikan, pelbagai
dugaan menimpa diri Aeril. Anggaplah itu ujian daripadaNya. Kata Aeril lagi:-
Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul
nanti. Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau
apa sekalipun orang ingin memburukkan saya. Mungkin apa yang telah berlaku itu
Allah mahu tunjukkan hikmahnya
Semoga Aeril tabah dengan dugaan ini. Sekarang siapa nak tengok gambar
Abang Nara posing ala-ala Aeril sila angkat keyboard. Hahaha ~~~
No comments:
Post a Comment