Baru-baru ini Remy Ishak, 31,
telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi
teater ”M.Butterfly” yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini
di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Pelakon
ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak
bersetuju untuk dia memainkan naskah “M.Butterfly” yang mempunyai elemen
seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah
digantikan dengan Benjy, 35.
Kesan
daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan
mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew
produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan
disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula.
Persoalannya,
sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak
watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu?
Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa
lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini?
Untuk
info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang
iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan
oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu.
Drama
yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan
watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar
untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva
opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai
seorang wanita.
Bagi
yang tidak tahu, “M.Butterfly” pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre,
New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777
kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama
tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem ”M.Butterfly” juga pernah
memenangi dua anugerah iaitu “Cerita Terbaik” di Drama Desk Award dan Tony
Award pada tahun 1988.
No comments:
Post a Comment