Social Icons

Tuesday 30 July 2013

Atasi Masalah Sering Kentut Dengan Betik!


Kentut adalah reaksi badan manusia yang normal, tapi kalau selalu sangat kentut pun boleh memalukan diri sendiri, terutamanya masa perut kita meragam tapi mampu ke kita nak halang kentut dari keluar? Gejala perut kembung dan sering kentut ni terjadi sebab penghasilan enzim pankreas yang tak mencukupi.
Sebenarnya getah atau enzim betik iaitu Papain, dapat mengurangkan masalah kerap kentut yang disebabkan oleh gangguan sistem pencernaan kerana Papain bersifat sama macam enzim yang ada pada pankreas manusia yang berfungsi untuk mencerna dan merangsang reaksi sel. Papain boleh diperolehi dari getah putih atau getah susu yang ada pada buah betik muda dan batang betik.
Kajian University of Pittsburgh Medical Center mengatakan, getah betik yang sudah diekstrak dan dikeringkan menjadi serbuk boleh digunakan untuk membantu tubuh mencerna protein dan mengubati masalah pencernaan termasuk sering kentut.
Kalau tak boleh nak ekstrak getah betik jadi serbuk kita juga boleh makan buah betik untuk dapatkan papain atau enzim betik atau ambil getah yang ada pada daun betik dengan cara merebus daun betik sampai getahnya  keluar dan  minum air rebusan daun betik tu. Boleh jugak ditambah sedikit garam mengikut selera masing masing.
Tapi Papain ni boleh menimbulkan efek sampingan untuk sesetengah orang, seperti ulser mulut, alergik, radang perut, kerongkong atau usus serta boleh bertindak balas dengan ubat-ubat tertentu dan menimbulkan risiko kesihatan yang lebih serius. Oleh sebab itu,eloklah dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan Papain kalau anda ada alergik atau sedang mengambil ubat-ubat tertentu.

Jenis Perempuan Di Elak Lelaki



Memang susah untuk kenal hati budi seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan pada pertemuan pertama. Memerlukan masa untuk memahami perasaan dan pandangan orang yang ingin didekati itu.
Beberapa sifat perempuan yang lelaki tak suka dan menggelak untuk berdamping dengan perempuantersebut. Tapi bukan semua lelaki yang bercita rasa macam ni.
Antaranya:
1. Perempuan manja
Sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Lebih merisaukan, perempuan jenis ini sukar untuk dikenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.
Mula mula, meraka  akan berubah bila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu.Tapi  apabila mereka mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki.
2. Perempuan benci lelaki
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada perempuan jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat mereka yang jauh berbeza berbanding perempuan lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan mereka tanpa memikirkan sebarang komitmen dan bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin sebab fikiran jahat untuk menjalin hubungan seks semata-mata.
3. Perempuan berkarier
Ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan perempuan  berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan  terancam untuk bersama perempuan jenis ini. Tapi, sang lelaki beranggapan bahawa perempuan yang berjaya  tidak memerlukan  lelaki.
Perempuan yang memiliki karier yang stabil akan membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. So, kehadiran seseorang lelaki tak mampu menandingi apa yang mereka ada. Tapi,ada jugak  lelaki yang suka perempuan jenis ini kerana dari segi kewangan,perempuan  tidak bergantung kepada mereka.
4. Perempuan banyak cakap
Mengikut perspektif lelaki,perempuan yang banyak cakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan perempuan menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Tapi, bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Contohnya, bila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, pemain dan keputusan. Sebaliknya, bila topik bertukar kepada yang lebih feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak menceceh.
So, orang perempuan yang dalam usaha nak menangi hati lelaki, elak elakkan lah bersikap macam ni ;p

Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah


Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.

Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya.. 
Jangan pernah kita sakiti hatinya 
Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu.. 
Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering 
Cinta tidak akan abadi jika diantara kita 
Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian 
dan Cinta akan hancur 
Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu.. 
Jagalah hati pasangan kita masing – masing 
Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya 
dan cinta juga boleh memberikan semangat.. 
Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati.. 
bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau.. 
kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya.. 
janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya.. 
kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya, 
maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan.. 
melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat. 
Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat 
apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…

Koleksi Tips Tangani Kecewa Dalam Cinta

Koleksi Tips Tangani Kecewa Dalam Cinta


Percintaan adalah satu bercaturan hidup. Jika kita antara insan yang berjaya kita akan berjaya dan bahagia. Jika kita gagal kita akan kecewa dan merana. Rasanya bukan semua berjaya dalam percintaan mereka. Ramai yang perlu melalui kekecewaan beberapa kali dalam bercinta sebelum dapat bahagia bersama insan tercinta.

Beberapa tips buat anda yang sedang kecewa untuk bangkit semula.


1. Jangan berdendam-Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.

2. Bertenang-Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

3. Buang Kenangan-Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

4. Mulakan Hidup Baru-Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.

5. Dia Bukan Yang Terbaik-Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

6. Perbaiki Kelemahan-Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

7. Doakan Dia-Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

8. Mendongak Ke Langit-Gongaklah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.


Lagi Koleksi Tips Tangani Kecewa Dalam Cinta di sin

Nikmatnya Perpisahan Insan 'Bercouple'.


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

Ruang Dosa di Facebook




















Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!

Tips Untuk Anak Pandai English!

Bahasa Inggeris sekarang ni satu keperluan dalam kehidupan. Malah boleh buat duit.Anak pandai bahasa inggeris boleh hantar masuk ‘Spell It Right’. Hadiah ribu ribu tu. Mak ayah tak pandai berbahasa inggeris, macam mana nak ajar anak ni?
Jom baca tips berikut…
1. Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari  dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher Zain tengah glamer!
2. Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2 untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.

5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6. Jangan  malu dan segan untuk ajar anak-anak  dikhalayak ramai. Abaikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda  mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat,  bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa. Tapi Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua  untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak  ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak seronok diorang akan enjoy belajar english.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends  dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan  kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak payah lama lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18. Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua bahasa dari kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20. Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat.  Sebut betul betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21. Kalau anak  sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan  mengulang semula apa yang mereka sebut tu.
22. Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23. Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad perkataan. Yang ni tak  ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je kad kad untuk buat nota yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama anak anak.
24. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.
25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Huhhh, nak mendidik anak bukan satu benda yang senang. Pandai buat anak pandai lah didik anak kan? Ingat English is fun, seronok bila kita tahu cara yang betul untuk mengajar anak anak kan?

Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun


kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.
Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.
Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.
Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. – Agensi

Sanggup Bunuh Diri Sebab Putus Cinta

Mungkin sedikit terlewat untuk update mengenai berita yang dikeluarkan di Hmetro “Nota Ditangan Mayat Kena Gilis Keretapi” tetapi menarik untuk diambil iktibar bersama…
Putus cinta bunuh diri??? Mungkin kalau orang bukan islam kita selalu dengar tetapi kini Melayu islam juga mula nak ikut-ikut perangai seperti ini. Putus cinta bunuh diri….. Bunuh diri tempatnya NERAKA. Semoga kita semua tidak buat tindakan kurang bijak begini.
BUKIT MERTAJAM: “Sha…012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati…,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.
Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.
Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.
Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.
Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.
“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.
“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.
“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Putus cinta memang la frust menonggeng tapi jangan la sampai bunuh diri…Kalau dah bunuh diri mana ada peluang nak bertaubat dah….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...